About Us

Our Services



Caving at Gua Anak Tempurung

River Tubing

White Water Rafting

Waterfall Abseiling

Hiking at Batu Putih

Rafflesia Trekking

Rajah Brooke Butterfly Trekking

Kayaking

Night Trekking

Caving + River Tubing

Caving + White Water Rafting

Caving + Waterfall Abseiling

Caving + Hiking

River Tubing + White Water Rafting

River Tubing + Waterfall Abseiling

River Tubing + Hiking

White Water Rafting + Waterfall Abseiling

White Water Rafting + Hiking

Free & Easy Package

(Caving + River Tubing + Hiking)

Extreme Package

(Caving + White Water Rafting + Hiking)

Leisure Package

(Caving + River Tubing + Waterfall Abseiling + Hiking)

Deluxe Package

(Caving + River Tubing + White Water Rafting + Hiking)

Premium Package

(Caving + Waterfall Abseiling + White Water Rafting + Hiking)

3 DAYS 2 NIGHTS – B

3 DAYS 2 NIGHTS – A

2 DAYS 1 NIGHT – B

2 DAYS 1 NIGHT – A

Laman Maisya (Maisya Camp) is located in Kampung Chulek, Gopeng, Perak. Located inside the village, the campsite covers an area of 1.5 acres and is suitable for team building and student camping activity. Set in a beautiful village of Gopeng, Perak, Laman Maisya is ideally located to explore the surrounding areas or to spend a few days relaxing, enjoying the spectacular jungle setting.

The campers or visitors can enjoy making their own choices from a variety of land, water and adventure activities, giving them the chance to have fun while developing new and exciting skills. We offer a supportive environment where campers can challenge themselves and try many new activities. The newly built campsite is well maintained and offer various outdoor activities to choose than can keep the visitors entertained. Some of the most popular activity organised are caving, white water rafting, river tubing, waterfall abseiling and many more.

Laman Maisya also offer economical accommodation such as chalet and camping area with rental tents. The campsite that located away from the hustle and bustle of the town and surrounded by trees, Laman Maisya offers a peaceful and beautiful place to relaxing your mind or to pitch your tent!

Promotion


PROMOTION


Happy Clients Says...

Terima kasih Gua Tempurung Outdoor Camp (GTOC). Semua peserta seronok dan suka dengan pengurusan. Makan pun sedap. In Shaa Allah ada rezeki kami rancang untuk aktiviti air pula.

Farhana, Indah Water Taiping

Perkhidmatan yang diberikan sangat tip top. Kami semua berpuas hati. Terutama sekali makanan. Sedap bakk hangg (Bahasa Utara). Banyak kali bertambah. Manakala untuk penginapan sangat selesa. Sesuai dengan harga. Aktiviti syok. SANGAT BERPUAS HATI.

Khatijah. Student IPG Kampus Penang

All perfect !!

Melissa, MATTA Fair KL Sept 2015 Client

...

Lim Zai Yi

Sherinanofal

Fiona

Ms.Loo

Angie

Kim

Media

Media Coverage by Utusan

Setiap peserta aktiviti gua perlu mendengar dan memahami dengan teliti setiap penerangan yang disampaikan oleh jurupandu bagi mengelakkan sebarang kecederaan serius.

AKTIVITI atau meneroka gua (caving) merupakan satu daripada aktiviti lasak yang digemari golongan remaja hari ini. Aktiviti sihat ini dikatakan dapat membuka minda remaja dalam menghayati dan menghargai alam sekitar ciptaan tuhan.

Keadaan dalam gua sering digambarkan sebagai sejuk, gelap, dipenuhi kelawar, selain informasi mengenai pembentukan stalagtit dan stalagmit yang berkilauan seperti kristal.

Suasana itu secara tidak langsung mewujudkan perasaan teruja dan seronok kepada peserta sehingga ada di antara mereka terlupa ciri­ciri keselamatan yang perlu dipatuhi.

Seperti hutan, gua juga perlu diterokai secara berhati­hati bagi menjamin keselamatan, selain memelihara keadaan alam semula jadinya.

Ruangan .comY minggu ini akan mengupas isu keselamatan di dalam gua yang boleh dijadikan panduan oleh golongan remaja yang menggemari aktiviti meneroka gua.

Tidak dilupakan, di sebalik isu keselamatan yang dihuraikan, juru pandu gua atau ‘cave guide’ merupakan medium terpenting dalam meneroka gua bagi menjamin semua aktiviti yang dilakukan berjalan lancar dan selamat.

Jurupandu gua akan memainkan peranan dari mula sehingga berakhirnya aktiviti gua termasuk menjadi ‘doktor segera’ atau ‘ustaz’ sekiranya berlaku kecederaan atau gangguan terhadap peserta

Penulis yang diiringi kru Gua Tempurung Outdoor Camp baru­baru ini berpeluang menyaksikan bagaimana demonstrasi menyelamat dilakukan oleh jurupandu gua apabila berlaku kecemasan di Gua Anak Tempurung, Gopeng, Perak. -ADLINA/MOHD FARIZWAN


Pemilihan pakaian dan peralatan yang sesuai
PEMAKAIAN baju, kasut dan seluar yang sesuai amat penting dan perlu dititik beratkan ketika memasuki gua kerana faktor tersebut boleh menjamin keselamatan dan mengelak kecederaan parah.

Kebanyakan peserta meneroka gua mengalami kecederaan seperti tergelincir dan terjatuh akibat pemakaian kasut yang tidak sesuai, lebih­lebih lagi ketika memasuki laluan gua yang berair dan licin.

Sebelum memasuki gua, adalah penting untuk setiap individu atau kumpulan mengetahui keadaan gua yang ingin diteroka seperti situasi di dalam gua, panjang laluan yang ditempuh, dan risiko sewaktu berlaku kecemasan.

Aktiviti gua bukannya berjalan di dalam gua semata­mata. Ini kerana aktiviti itu lebih kepada penghayatan dan menghargai nilai keunikan alam semula jadi yang terdapat di dalam sesebuah gua itu. Tidak mengapa jika tidak mahir atau pakar dalam aktiviti gua, asalkan anda mempunyai sedikit pengetahuan mengenai gua yang ingin diterokai.

Kebanyakan peserta meneroka gua hanya bergantung kepada jurupandu gua semata­mata dan perkara itu disifatkan kurang bijak sekiranya berlaku apa­apa kecemasan, menyebabkan mereka tidak tahu nak buat apa.

Skop keselamatan dalam gua dilakukan mengikut jumlah peserta dan siapa mereka bagi memastikan penerokaan gua lancar dan selamat. Sebagai contoh, jika jumlah peserta dalam kumpulan yang besar, masa meneroka akan berlanjutan sehingga beberapa jam daripada masa jangkaan dan sebaliknya.

Peserta yang terdiri daripada lelaki dan perempuan juga memainkan peranan ketika melakukan aktiviti gua kerana peserta lelaki bergerak lebih cepat berbanding dengan perempuan dan kesemua aspek itu perlu diteliti dan dilihat rapi untuk mengatur skop keselamatan yang efektif.

Apabila berlaku kecederaan di dalam gua, jurupandu gua akan melihat jenis kecederaan yang dialami, jika melibatkan dari aras pinggang hingga kaki, keadaan boleh dikawal, namun jika melibatkan cedera di kepala, keadaan itu adalah serius dan kritikal.

Pemakaian peralatan keselamatan seperti ‘head lamp’ atau lampu suluh kepala dan topi keledar juga penting kerana keadaan gelap dan berbatu di dalam gua. Bagi mereka yang tidak biasa masuk ke gua,keadaan sedemikian adalah berbahaya dan berupaya mendatangkan kecederaan serius.

Setiap peserta meneroka gua juga disarankan untuk mendengar dengan teliti setiap penerangan yang diberikan oleh jurupandu arah bagi memastikan mereka tidak terkeluar dari laluan asal ketika di dalam gua, selain jangan terlalu berani untuk bertindak sendiri.

Selain berdepan dengan kecederaan fizikal, peserta juga berisiko terkena gangguan makhluk halus sekiranya lemah semangat dan untuk itu, jurupandu arah sentiasa perlu peka dengan keadaan sekeliling, selain mempunyai pengetahuan dalam ilmu agama untuk mencegahnya daripada berlaku.-SHAHRONIZAM ABU HANIFAH, 36, Jurupandu gua

Jangan manjakan diri
MELAKUKAN aktiviti lasak dengan kaedah atau cara yang tidak betul hanya akan mengundang kecederaan,sekali gus membahayakan pihak lain jika bergerak dalam satu kumpulan.

Bagi melakukan sesuatu aktiviti lasak, setiap remaja digalakkan bersenam dan bergerak aktif bagi menyediakan badan dan otot untuk membuat pergerakan yang ekstrem terutamanya ketika memanjat dalam gua.

“Jangan terlalu memanjakan diri jika ingin melakukan aktiviti caving kerana apabila badan anda tidak bersedia melakukan pergerakan lasak, ia boleh menyebabkan kecederaan.

“Antara kecederaan atau masalah yang sering dihadapi peserta ketika melakukan caving termasuk kaki kejang kerana pergerakan dalam gua yang banyak menggunakan kaki.

Gaya pemakanan juga memainkan peranan sebelum peserta melakukan aktiviti gua kerana jika makan makanan berat sebelum masuk gua, kemungkinan peserta akan berasa cepat letih dan muntah akibat perut penuh.

Sehubungan itu, kurangkan pengambilan makanan berat sebelum buat aktiviti lasak, cukup sekadar mengalas perut. Turut tidak dilupakan minum atau bawa air yang banyak bagi mengelakkan dehidrasi. -MOHD. AZUAN MD. AZALI, 23,Jurupandu gua

Dapat hayati keindahan gua
KEINDAHAN dan keunikan gua akan lebih dihayati jika dapat melakukan aktiviti gua dengan cara yang selamat dan tenang.

Penerangan yang jelas oleh jurupandu gua berserta maklumat mengenai keadaan di dalamnya termasuk pembentukan stalagmit dan stalagtit menjadi panduan untuk golongan pelajar khususnya menghayati keindahan gua.

“Saya rasa puas hati dengan penerangan yang disampaikan oleh jurupandu arah mengenai soal keselamatan, selain pelbagai informasi tentang keadaan dalam gua.

“Sebagai pelajar, informasi berguna seperti ini amat penting, terutamanya dalam meningkatkan kesedaran mengenai pemeliharaan alam semula jadi yang tinggi nilainya.

Teknik keselamatan yang diterangkan boleh digunakan sebagai panduan dalam melakukan aktiviti gua pada masa akan datang.

Menerokai gua baharu seperti Gua Anak Tempurung memberikan satu pandangan positif mengenai perlindungan alam semula jadi yang menjadi tanggungjawab semua pihak. -MUHAMMAD AMERUL AKMAL, 20, Pelajar KPTM Bangi

Penting memahami teknik keselamatan
PENGALAMAN pertama kali memasuki gua pasti mengujakan sesiapa sahaja yang gemar melakukan aktiviti lasak.

Suasana yang sejuk, gelap dan berbatu dalam gua menimbulkan perasaan yang sukar digambarkan, sekali gus mengagumi ciptaan tuhan yang maha esa.

Memahami teknikteknik keselamatan dan penerangan yang disampaikan oleh jurupandu gua adalah amat penting bagi memastikan aktiviti yang dilakukan berjalan lancar.

Jangan sesekali abaikan atau tunjuk pandai dengan melakukan tindakan sendiri tanpa pengawasan pihak berpengalaman.

“Suasana yang gelap dalam gua secara tidak langsung akan membuat peserta takut untuk bergerak secara bebas biarpun ada bantuan head lamp.

“Sehubungan itu, adalah penting untuk mendengar dan memahami semua penerangan yang disampaikan oleh jurupandu arah termasuk memahami demonstrasi keselamatan yang ditunjukkan.

Teknik keselamatan bukan hanya boleh diguna pakai ketika masuk gua tetapi juga boleh diaplikasi di tempat lain, terutamanya apabila berlaku kecemasan. -MOHAMAD NASIR MOHAMED NAZRI,29 ,Pensyarah Kolej PolyTech MARA (KPTM) Bangi

Kenali diri menerusi aktiviti lasak
AKTIVITI lasak seperti caving boleh menyerlahkan personaliti remaja apabila mereka dapat mengenal pasti kelemahan dan kelebihan diri terutamanya ketika berdepan dengan situasi cemas atau gelap.

Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam gua tidak menghalang diri untuk menikmati keindahan dan keunikan Gua Anak tempurung yang baru tiga bulan diterokai, malah menjadikan diri lebih berkeyakinan terutamanya dalam membuat keputusan.

“Setelah melakukan aktiviti gua, saya sedari yang saya lebih sukakan aktiviti lasak berbanding aktiviti lain. Pengalaman masuk gua sangat menyeronokkan, ditambah lagi dengan penerangan jelas oleh jurupandu gua mengenai sejarah gua yang saya jelajah.

“Saya pasti akan menyertai lebih banyak aktiviti lasak selepas ini kerana ia membantu saya berasa lebih yakin, selain mengenali diri dengan lebih dekat. Terima kasih diucapkan kepada jurupandu yang tidak jemu menerangkan pelbagai langkah keselamatan sepanjang kami melakukan aktiviti caving. -NURSYAHIRAH AMIRA AZIZ, 19,Pelajar KPTM Bangi

Publish by Harian Metro, October 2015

Gallery



Video



Contact

Alternatively, fill in the form below and we will get in touch with you:

Address
No. 25, Tingkat Bawah
Jalan Tasik
31600 Gopeng
Perak
Meeting Point
Laman Maisya
Lot 1303, Jalan Sekolah
Kg. Chulek
31600 Gopeng
Perak
Email
gtoc.reservation@gmail.com
Phone
(Office) +60 5 – 359 1561
(Mobile) +60 17 - 377 4981 (Meor) (Mobile) +60 12 – 529 2426 (Sharifah)
(Mobile) +60 17 – 468 9141 (Redzuan)
(Mobile) +60 17 – 377 4981 (Zahir)
(Mobile) +60 14 – 521 1299 (Kamarul)
(Mobile) +60 19 - 432 5329 (Naim)
(Fax) +60 5 – 359 1561
(Whatapps) +60 17 - 377 4981 (Meor)
(Whatapps) +60 12 – 529 2426 (Sharifah)
(Whatapps) +60 17 – 468 9141 (Redzuan)
(Whatapps) +60 17 – 377 4981 (Zahir)
(Whatapps) +60 14 – 521 1299 (Kamarul)
Social Media